Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian: Menteri Malaysia lahirkan keprihatinan mengenai jerebu

Oct 30, 2015 | 09:47 AM



MENTERI Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata pada Khamis (29 Okt) semua menteri Kabinet Malaysia yang beliau temui menyuarakan keprihatinan mereka mengenai jerebu.


Beliau, yang berada di Malaysia selama dua hari mulai Khamis bagi lawatan pengenalan sebagai Menteri Ehwal Luar, berkata para pemimpin Malaysia bersetuju asap daripada kebakaran hutan di Indonesia tahun ini "teruk dan tidak boleh diterima".


Jerebu menyebabkan sekolah Malaysia ditutup empat kali tahun ini, menjejaskan berjuta-juta pelajar, manakala berpuluh-puluh penerbangan terpaksa dilencongkan atau ditangguh.


"Meneruskan keadaan ini atau membiarkannya ia menjadi lebih teruk bukan sesuatu yang kita harus terima," kata beliau kepada media Singapura selepas mesyuarat dua jam bersama rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman, lapor akhbar The Straits Times.


Dr Balakrishnan berkata walaupun masalah jerebu yang telah berlarutan puluhan tahun itu tidak menunjukkan tanda-tanda berkurangan, tidak seperti pada masa lalu, sekarang terdapat respons antarabangsa untuk sama-sama menangani isu itu, misalnya langkah Indonesia menerima aset Singapura dan Malaysia dalam usaha memadam kebakaran.


"Kami bekerjasama dengan Indonesia dengan cara kami sendiri yang kecil. Namun, ia merupakan kerjasama," katanya.


Dr Balakrishnan memuji Kuala Lumpur kerana menjadi pengerusi Asean dengan baik dan mengikrarkan komitmen Singapura untuk bekerja rapat dengan Malaysia bagi Sidang Kemuncak Asean yang bejaya bulan depan di Kuala Lumpur.


Awal dari itu, Dr Balakrishnan melakukan kunjungan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan lima menteri lain, dalam pertemuan yang beliau berkata mengesahkan pandangan beliau bahawa "Saya tidak rasa ada masa ia (hubungan dua hala) pernah lebih baik (daripada ini)".


Dalam pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, mereka dan membincangkan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur dan Sistem Transit Rel ke Johor.


Beliau mengalu-alukan kemajuan mengenai HSR dan berkata projek $15 bilion itu perlu dilaksana secara terancang dan teliti.


Dr Balakrishnan kemudian berkata dalam Facebook bahawa beliau mempunyai "hari sibuk" di Kuala Lumpur, termasuk menemui "rakan Malaysia saya yang saya telah kenali lebih 10 tahun".


Beliau menulis: "Jalinan rapat rakyat dengan rakyat yang negara kita kongsi mencerminkan betapa dalam persahabatan dua hala kita. Kita harus menghargai hubungan ini."


Pada Jumaat, Dr Balakrishnan akan melakukan kunjungan ke atas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >