Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian: Serangan Istanbul 'trajik tetapi bukan yang terakhir'

Jan 14, 2016 | 10:32 AM



JAKARTA: Serangan bom berani mati di Istandul, Turkey, Selasa (12 Jan) lalu satu lagi "kehilangan nyawa tragik, sia-sia", tetapi ia besar kemungkinan bukan kejadian serupa itu yang terakhir, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.


Itulah sebabnya kerjasama berterusan antara Singapura, Indonesia dan Malaysia bagi menangani ancaman pengganasan di rantau ini mesti diteruskan, katanya.


Pemerintah di peringkat tertinggi komited sepenuhnya untuk meneruskan usaha ini," kata Dr Balakrishnan, lapor akhbar The Straits Times.


Usaha itu termasuk menangani pengganasan, fundamentalisme dan ekstremisme, dan berurusan dengan aliran anak muda, baik yang pergi dari rantau ini ke Timur Tengah mahupun pulang dari sana.


Sepuluh orang, kebanyakannya warga Jerman, terbunuh dan 15 cedera selepas seorang militan kumpulan pengganasan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) meletupkan dirinya di sebuah kawasan pelancongan paling sibuk di Istanbul pada Selasa.


Menteri Dalam Negeri Turkey, Encik Efkan Ala, berkata pada Rabu seorang lelaki telah ditahan bagi serangan itu.


"Takziah kami dan ingatan kita sentiasa bersama keluarga (mangsa)," kata Dr Balakrishnan.


"Tetapi malangnya, ia besar kemungkinan bukan kejadian serupa itu yang terakhir. Dan ia menunjukkan mengapa kita perlu memberi perhatian pada perkara ini, berkongsi maklumat, bekerja secara kolektif dan berkesan di serata dunia, kerana ia satu masalah rentas sempadan (dan) ancaman jelas dan pasti bagi keamanan dan keselamatan di seluruh dunia."


Dr Balakrishnan berkata demikian kepada media Singapura di Jakarta pada Rabu, pada akhir lawatan dua hari pertamanya ke Indonesia sebagai Menteri Ehwal Luar.


Sebelum itu pada pagi beliau melakukan kunjungan ke atas Presiden Joko Widodo di istana presiden. Beliau juga bertemu rakan sejawatannya dari Indonesia, Cik Retno Marsudi; Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan, Encik Luhut Panjaitan; dan beberapa pemimpin lain.


"Saya akan mengatakan bahawa hubungan kita dengan Indonesia lama, dalam dan pelbagai rupa dan ia adalah hubungan sihat," katanya kepada pemberita.


"Singapura dan Indonesia boleh bekerjasama dalam mengembangkan skop pelaburan (dan) ini membina semula rekod prestasi sedia ada yang sangat baik."


Mengenai krisis jerebu rentas sempadan, Dr Balakrishnan berkata Singapura berminat meneruskan projek dua hala di Jambi.


Inisiatif itu termasuk mengesan kawasan panas di peringkat tempatan, pertanian mampan dan cara menangani dan menguruskan kawasan panas apabila ia timbul.


Dr Balakrishnan juga berkata Encik Joko dan Encik Luhut memberi jaminan bahawa mereka serius mahu mencegah berulangnya krisis tahun lepas.


Kementerian Ehwal Luar juga sedang berusaha ke arah Perdana Menteri Lee Hsien Loong bertemu Encik Joko bagi Rahat Pemimpin pertama mereka "mungkin pada pertengahan tahun ini," kata Dr Balakrishnan.


Ia dijangka diadakan di Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >