MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, yang kini berada di New York bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) sesi ke-71, menemui rakan sejawatannya dari Grenada dan Panama.
Beliau telah juga bertemu dengan Presiden Majlis Hubungan Ehwal Luar, Dr Richard Haass; Pengerusi Majlis Atlantik, Gabenor Jon Huntsman; Presiden Kongres Sedunia Yahudi, Encik Ronald Lauder; dan kepimpinan kanan Jawatankuasa Yahudi Amerika Syarikat, diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Encik David Harris.