Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wabak Hepatitis C: 4 pegawai kanan MOH, 12 pegawai SGH dikenakan tindakan disiplin

Mar 17, 2016 | 04:43 PM



EMPAT pegawai kanan dari Kementerian Kesihatan (MOH) serta 12 individu yang memegang 'kedudukan kepimimpinan' di Hospital Besar Singapura(SGH) telah dikenakan tindakan disiplin atas peranan mereka dalam wabak Hepatitis C di SGH yang menjejas 25 pesakit dan mengakibatkan lapan kematian.



Dalam kenyataan berasingan hari ini, MOH dan SGH mendedahkan keputusan mereka berkenaan tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang dianggap telah menyumbang kepada wabak tersebut.



Tindakan yang diambil termasuk amaran, amaran keras, dan juga denda wang.



Disember lalu, sebuah jawatankuasa kajian bebas mendapati wabak penyakit viral di wad buah pinggang 64A dan 67 di SGH adalah "disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk jurang dalam prosedur kawalan jangkitan dan protokol".



Ia juga menekankan terdapat jurang dalam sistem pengawasan yang menyebabkan wabak luar biasa itu berlaku.



Dua pasukan - satu daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam deketuai setiausahanya, Cik Yong Ying-I, dan satu lagi pasukan SingHealth dipengerusikan anggota lembaga pengarah, Cik Euleen Goh - telah ditugaskan untuk memantau jika terdapat sesiapa yang telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka.



Satu perkara yang menonjol semasa wabak itu diumumkan Oktober lalu, adalah bahawa ia telah mengambil masa beberapa bulan bagi pihak hospital dan kementerian untuk menyedari betapa serius penularan virus tersebut.



Walaupun setelah hospital menyedari virus itu telah merebak di kalangan pesakit buah pinggang, yang ramai mereka mempunyai sistem imun lemah, dan telah bersihkan wad-wad itu, satu pasukan bebas yang dihantar MOH masih mendapati kesan darah dan virus Hepatitis C dalam wad tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >