Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wabak Zika di S'pura bimbangkan beberapa orang dalam Formula Satu

Sep 02, 2016 | 11:11 AM



MONZA (Italy): Wabak virus Zika di Singapura dan Malaysia hampir tidak disedari pemandu Formula Satu yang akan berlumba di dua negara itu bulan ini, tetapi ada kebimbangan di belakang tabir.



Lima daripada baki lapan pusingan kejohanan itu akan berlangsung di kawasan Zika dilaporkan - Singapura dan Malaysia, Texas dan Mexico pada Oktober dan Brazil pada November.



Pihak berkuasa di Singapura mengesan 151 orang dijangkiti Zika hingga Khamis (1 Sep).



Grand Prix Singapura, antara perlumbaan paling popular dan diadakan pada waktu malam, dijadualkan pada 18 Sep, dengan kakitangan pasukan, penaja dan media tiba beberapa hari lebih awal.



Sedang pasukan-pasukan ada banyak masa untuk bersedia bagi Brazil dan Texas tiada kes Zika yang disebarkan oleh nyamuk, sumber-sumber berkata Singapura boleh menghadapi lebih banyak masalah logistik jika kakitangan utama menarik diri pada saat akhir atas nasihat perubatan.



Bagaimanapun, pasukan yang bersedia bercakap mengenai perkara itu ketika di Grand Prix Italy berkata setakat ini mereka tidak mengalami sebarang penarikan diri saat akhir.



"Kami membekalkan produk antinyamuk dan pakaian lengan panjang dan kami telah menghantar taklimat kepada semua orang tentang cara menjaga dan semua maklumat mengapa, apa dan bagaimana mengenainya," kata pengarah McLaren Racing, Eric Boullier.



"Semua orang akan pergi," tambahnya.



Pengarah perlumbaan Manor, Dave Ryan, berkata pasukannya telah mengambil "langkah berjaga-jaga biasa".



"Kami telah memberi taklimat kepada semua orang, kami menawarkan mereka pilihan memakai pakaian berlengan panjang dan jelas sekali membekalkan mereka perlindungan betul... dan membuat mereka termaklum seberapa yang boleh," katanya.



"Dan semuanya baik. Kami selesa dengannya.".



Pemandu Williams dari Finland, Valtteri Bottas, yang berada di Brazil bulan lalu menemani temanitanya, perenang Emilia Pikkarainen, bertanding dalam Sukan Olimpik Rio de Janeiro, antara pemandu yang tidak menyedari tentang wabak Zika di Singapura.



"Saya tidak pernah mendengar tentang perkara ini... jadi sekarang saya akan pakai baju monyet," katanya. "Saya masih akan pergi. Itu sudah pasti."



Tetapi Nico Rosberg, pemandu Mercedes dari Jerman yang menjadi bapa buat kali pertama tahun lepas, lebih bimbang.



"Sebagai seorang yang sudah berkeluarga sekarang, saya prihatin dan dan akan memeriksanya," kata beliau apabila ditanya mengenai Singapura.



"Sebenarnya, saya sudah mula berbincang mengenainya semalam." - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >