KEJOHANAN Futsal Nasional anjuran Berita Harian yang bakal berlangsung hujung Mei ini adalah wadah yang baik bagi Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) mendekati peminat sukan dan mengajak mereka menjadi relawan bagi program-programnya.
Demikian dinyatakan ketua pegawai eksekutif (CEO) badan itu, Cik Maznah Masop, ketika ditanya mengenai penglibatan PPIS dalam kejohanan tersebut.