Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wahid Satay kenang bawa watak 'Badang'

Semasa perfileman, pelakon itu pengsan dicengkam belalai gajah dan disangka sudah mati
Aug 14, 2016 | 05:30 AM



Selepas menyaksikan persembahan ‘orang kuat’ yang terbang sambil menumpaskan musuhnya semasa segmen persembahan Perbarisan Hari Kebangsaan baru-baru ini, nama ‘Badang’ kembali disebut-sebut oleh warga Singapura. FARAH REZAL (rfarah@sph.com.sg) dan SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg) mengajak anda menyelami latar belakang hikayat pemuda inidan juga melihat paparan serta manifestasi watak Badang sejauh ini.



BADANNYA dicengkam belalai gajah begitu kukuh, menyebabkan beliau rebah lalu jatuh ke lantai.



Itulah salah satu peristiwa di sebalik tabir yang tidak dapat Wahid Satay, kini 86 tahun, melupakan ketika penggambaran filem Badang pada 1962.



Filem tersebut diarahkan oleh Allahyarham Datuk S. Roomai Noor dan dibintangi watak utama Wahid sendiri dan Roseyatimah, di bawah Cathay Keris Films.



Ketika penggambaran, seekor gajah digunakan dalam salah satu babak filem tersebut.



Watak jin yang perjanjiannya diingkari Badang (Wahid) telah 'menjelma' menjadi gajah tersebut.



"Gajah itu dibawa dari sarkas dan ia jinak ketika dibawa masuk ke dalam studio.



"Namun, setelah berada di dalam studio selama dua jam, ia berasa tidak selesa lalu membelit saya.



"Disebabkan cengkaman belalainya terlalu kuat, saya pengsan dan kru serta pelakon lain termasuk Roseyatimah sangkakan saya sudah mati," katanya.



Wahid mengakui yang lakonannya dalam filem Badang sangat mencabar dan beliau sering berada dalam keadaan yang berbahaya.



"Ketika saya berlakon menyelamatkan Roseyatimah daripada ikan yu (yang sudah mati), kami berada di Tanjong Rhu.



"Kami meletakkan darah ayam di kawasan perairan itu dan ini menarik perhatian ikan yu hidup menyebabkan ia berenang ke kawasan itu.



"Apabila pulang ke set selepas waktu makan, kami terperanjat apabila pelakon 'ekstra' memberitahu kami ada ikan yu di kawasan perairan itu," katanya.



Mereka terpaksa menukar tempat penggambaran selepas kejadian tersebut.



Seperti watak Badang dalam filem itu, Wahid yang berbekalkan keberanian, tidak dapat dikalahkan walaupun keadaan ketika penggambaran menjadi genting.



Menurutnya, tidak sekali pun terlintas dalam fikirannya mahu menghentikan penggambaran, malah beliau menjana semangat dan meneruskan usahanya.



Baru-baru ini, watak Badang dihidupkan sekali lagi tetapi di atas pentas yang sangat berbeza, menggabungkan legenda silam dengan teknologi canggih yang menakjubkan.



Badang yang dimainkan penggiat seni Rizman Putra Ahmad Ali, 38 tahun, telah beraksi dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.



Watak wira Melayu yang dipaparkan itu memainkan peranan dalam sejarah Singapura, mencerminkan kekuatan, ketangkasan dan daya tahan.



Batu yang terbelah dalam kisah tersebut, yang juga dikenali sebagai Batu Singapura (Singapore Stone), membawa bersama legenda dan mitos dan kini serpihan batu itu dipamerkan di Muzium Negara.



Aksi adegan yang menjadi pembuka tirai NDP tahun ini ditonton lebih daripada 50,000 hadirin di Stadium Negara baru.



Wahid yang merupakan penerima Anugerah Khas (Veteran Lelaki) Festival Filem Malaysia ke-21 berkata beliau tidak menyangka NDP akan mempersembahkan kisah Badang.



"Saya terperanjat melihat Badang terapung dan terus dinaikkan ke batu di bumbung stadium.



"Saya terpukau melihat aksi yang dipamerkan watak itu, dan juga tidak dilupakan peserta lain yang berada di sekeliling Badang dalam persembahan tersebut," katanya.



Beliau percaya dengan persembahan tersebut, ia membolehkan rakyat Singapura mengenali hikayat Badang dan siapa watak itu sebenarnya.



"Namun, kisahnya tidak dicerminkan dengan sepenuhnya dan rakyat Singapura harus cuba mengenali watak dan cerita Badang dengan lebih mendalam lagi," ujarnya.




SEKILAS FILEM BADANG



  • Filem 'Badang' merupakan sebuah terbitan syarikat Cathay Keris yang mula ditayangkan pada 1962.

  • Arahan S. Roomai Noor, filem hitam putih itu ditulis oleh pengarah itu bersama M. Amin.

  • Ia memaparkan lakonan pelawak legenda Wahid Satay sebagai Badang.

  • Antara barisan pelakon yang lain ialah Roseyatimah, Sharif Medan, Umi Kalthoum, Annie Jasmin, Siti Tanjong Perak, Omar Hitam dan Ismail Boss.

  • Dalam filem tersebut Badang digambarkan sebagai seorang pemuda yang gagah perkasa setelah memakan muntah hantu air yang hendak dibunuhnya kerana mencuri ikannya.

  • Bagaimanapun, dalam cerita tersebut Badang dikatakan tidak boleh berkahwin jika tidak beliau akan menemui ajal dengan dahsyatnya.

  • Antara lagu popular yang terkandung dalam filem itu ialah 'Anak Odeng'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >