Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wakaf The Red House mendapat anugerah URA kerana 'menghidupkan' sejarah lampau

Oct 31, 2017 | 06:43 PM



WAKAF The Red House telah menerima pengiktirafan sebutan khas (special mention) di Anugerah Warisan Seni Bina (AHA) diberikan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



Bangunan ikonik itu telah dapat 'menghidupkan' sejarah lampau hartanah itu dan menjadikannya relevan kepada awam dalam konteks moden hari ini, menurut kenyataan URA semalam.



Ini merupakan kali pertama sebuah pembangunan wakaf menerima anugerah AHA.



Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warees Investments Pte Ltd, Encik Zaini Osman.



Hartanah ikonik The Red House, milik Wakaf Sheriffa Zain Alsharoff Mohamed Alsagoff, merupakan satu bangunan ikonik dan terkenal, terutamanya di kalangan penduduk East Coast dan generasi lama yang mengenalinya sebagai Red House Bakery.



Kedai roti lama itu beroperasi dari 1925 dan ditutup pada 2003.



Wakaf itu telah dibangunkan semula meliputi 42 unit kondominium dan enam unit komersial, termasuk sebuah kedai roti sebagai satu usaha bagi mengembalikan kegemilangan Red House Bakery. Kafe Heavenly Wang kini menjual roti di bangunan itu.



"75 East Coast Road, Red House telah menerima 'sebutan khas' kerana usahanya mengembalikan warisan bernilai bangunan itu melalui penggunaan kafe setempat bagi mengekalkan ingatan sosial bagi mercu tanda masyarakat itu,'' ujar kenyataan URA.



Bagi mengetahui sejarah bangunan itu, pasukan The Red House telah mencari mantan kakitangan yang pernah bekerja di kedai roti itu.



Papan cerita mengenai sejarah bangunan itu diletakkan di bangunan itu agar warisan hartanah tidak pupus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >