Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Waktu mula MRT pada Ahad kembali sedia kala mulai 6 Nov

Oct 24, 2016 | 01:58 PM



MULAI 6 November, waktu mula perkhidmatan kereta api SMRT pada Ahad dari Joo Koon ke Bukit Merah di Laluan Timur-Barat (EWL) dan dari Bukit Gombak ke Jurong East di Laluan Utara-Selatan Line (NSL) akan kembali ke waktu sedia kala, umum SMRT dalam satu kenyataan pada Isnin (24 Okt).



Langkah kembali ke waktu mula biasa pada pagi Ahad di 13 stesen itu datang tujuh minggu lebih awal dari jadual.



Sejak Jun lalu, perkhidmatan di 13 stesen di EWL dan NSL dimulakan hingga satu jam lewat pada Ahad bagi memberi pasukan penyenggaraan kereta api dan projek pembaharuan lebih banyak masa untuk menjalankan kerja antara perkhidmatan.



Rancangan awal ialah melewatkan waktu mula perkhidmatan kereta api pada Ahad selama enam bulan tetapi ini dipendekkan kepada 22 Ahad.



Sepanjang 20 minggu lalu, lebih 2,300 landas (batang kayu atau konkrit yang melintangi landasan) dan lebih 3.2 kilometer Rail Ketiga tambahan telah diganti.



Pengarah Urusan SMRT Trains, Encik Lee Ling Wee, berkata: "Kami berterima kasih kepada penumpang atas kesabaran dan pemahaman mereka untuk menerima permulaan lewat perkhidmatan di 13 stesen MRT pada Ahad sejak Jun tahun ini.



"Masa tambahan satu jam seminggu sepanjang 20 minggu lalu, bagi sebahagian daripada rangkaian itu, memberi manfaat dalam menyokong kerja penyenggaraan dan pembaharuan landasan yang dijalankan setiap malam."



Perkhidmatan bas selari berbayar disediakan di laluan antara stesen Joo Koon dan Bukit Gombak untuk menampung penumpang sebelum 7 pagi pada Ahad sejak Jun 2016. Ia akan dihentikan selepas 30 Okt, apabila waktu mula perkhidmatan kembali ke waktu biasa mulai 6 Nov.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >