Topic followed successfully
Go to BHkuWalau dihambat 'kekurangan', anak disleksia gigih atasi cabaran
Premium
Walau dihambat 'kekurangan', anak disleksia gigih atasi cabaran
Walaupun pada umumnya kesedaran rakyat Singapura terhadap golongan berkeperluan khas sudah meningkat, masih banyak yang boleh dilakukan demi meningkatkan tahap kesedaran ini. Terdapat segolongan anggota masyarakat yang masih kurang peka terhadap keperluan orang sebegini. Dalam siri khas Berita Harian ini, NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg) berkongsi cerita tentang kanak-kanak berkeperluan khas serta pengalaman dan cabaran yang dihadapi orang yang terlibat dalam penjagaan dan pendidikan mereka. Edisi minggu ini memberi tumpuan pada kanak-kanak yang menghadapi kesukaran pembelajaran yang diketahui sebagai disleksia.
Oct 31, 2016 | 5:30 AM
Walau dihambat 'kekurangan', anak disleksia gigih atasi cabaran
DAHAGAKAN ILMU: Muhammad Aniq Irfan gemar membaca dan belajar walaupun huruf yang dibacanya kadangkala nampak terbalik pada pandangannya disebabkan disleksia. Menulis juga memerlukan perhatian dan tumpuan kerana jika tidak, tulisannya itu tidak kemas dan huruf yang ditulisnya boleh berbolak-balik. Ibunya, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Sarah (kanan), amat memahami keadaan anaknya itu dan mencuba sebaik mungkin untuk membantu. - Foto JOHARI RAHMAT -
DENGAN tulisannya bak cakar ayam, ditambah penulisan huruf terbolak-balik, Muhammad Aniq Irfan dengan mudah boleh dicap sebagai pelajar malas yang tidak menganggap tugasan sekolah sebagai sesuatu yang serius.
Namun, tanggapan dan andaian seperti itu tidak membantu Muhammad Aniq dan orang sepertinya yang menghidap disleksia.

