BELIAU bekerja enam hari seminggu dan hanya mempunyai masa lapang untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga pada sebelah malam dan hari Ahad.
Namun Inspektor Balai Kanan Sukarela (SSI (V)) Hapit Osman, 49 tahun, tetap dapat mencari masa untuk meronda jalan raya bagi memastikan pengguna dapat memandu atau menunggang dengan selamat.