MANTAN Setiausaha Parlimen, Haji Wan Hussin Zoohri, tahu beliau tidak dipilih mewakili Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan raya 1976 apabila diberitahu beliau tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan atau menghantar gambar pasport selepas menghadiri dua pusingan temu duga.
Daripada tiga bakal calon Melayu yang dipertimbangkan, hanya Encik Sidek Saniff dan Allahyarham Mansor Sukaimi dipilih bertanding.