Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wang sudah dibayar, tapi perabot tidak dihantar

Sep 23, 2016 | 08:38 AM



SEBUAH syarikat perabot yang ditubuhkan setahun lalu dengan modal $1 lesap selepas mengutip beribu-ribu dolar daripada pelanggan yang memberi perabot yang tidak dihantar.

Sejak April, 54 aduan dibuat terhadap syarikat itu, Royal House (The Gallery Rom) kerana tidak memenuhi kontrak antara $500 hingga $6,500, kata Persatuan Pengguna Singapura (Case).

Ia menggesa pengguna supaya berhati-hati apabila berurusan dengan syarikat bermodal rendah atau baru ditubuh, dan menyatakan syarikat baru "mungkin kekurangan modal dan sumber untuk meneruskan operasi mereka pada jangka panjang".

Ini kes terbaru melibatkan bayaran terdahulu, menyusuli penutupan berprofil tinggi rantaian gimnasium California Fitness Julai lalu, yang menyerlahkan lagi kurangnya perlindungan bagi pengguna yang membuat bayaran terdahulu.

Pelanggan berkata Royal House masih menjaja barangannya di pameran perabot hingga baru-baru ini, iaitu Julai lalu.

Pada bulan berikutnya, ketua eksekutif yang juga pengarah syarikat itu, Chia Meng Siang, yang dikenali juga sebagai Gary, menghantar SMS kepada pelanggan untuk mengatakan ia tidak lagi boleh beroperasi kerana menghadapi masalah aliran tunai dan "masalah hutang kewangan besar" kerana "operasi tidak betul perniagaan ini".

Gary menambah bahawa dia "sangat bersalah dan memohon maaf" kepada pelanggan yang membayar cengkeram atau jumlah penuh tetapi tidak menerima barang mereka.

Akhbar The Straits Times melaporkan pada Jumaat (23 Sep) seorang pengurus IT, yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Yogesh, membayar jumlah penuh $2,188 kepada Royal House bagi sebuah sofa dua tempat duduk di sebuah pameran perabot di Singapore Expo Jun lalu.

Tarikh penghantarannya ditunda dua kali - daripada 9 Julai kepada 14 Julai, dan kemudian 23 Julai - tetapi sofanya tidak tiba.

Apabila Encik Yogesh, 41 tahun, pergi ke alamat syarikat itu di Woodlands Industrial Park, beliau mendapati ia ditutup.

Beliau memfailkan aduan dengan Case dan membuat laporan polis.

Encik Yogesh telah menyertai sebuah kumpulan Facebook bersama 25 pelanggan terjejas lain untuk berkongsi maklumat terkini mengenai kes itu.

Cik Joanne Chong, 54 tahun, yang menyewakan gudangnya di Woodlands kepada Royal House, memberitahu akhbar itu syarikat itu berhutang $5,000 duit sewa yang tidak dibayar.

Dalam amaran di laman webnya, Case berkata pengguna perlu berhati-hati ketika membuat pembelian, terutama di pameran perabot, memandangkan penganjurnya mungkin tidak memeriksa dengan teliti latar belakang syarikat peserta.

Pengarah Eksekutif Case, Encik Seah Seng Choon, menasihatkan pengguna supaya bayar hanya selepas penghantaran barangan dan, jika cengkeram diperlukan, berunding untuk membayar junmlah serendah mungkin.

"Kami menasihatkan pengguna jangan membayar cengkeram, tinggi di pameran perabot, terutama apabila perniagaan atau penganjur pameran tidak menawarkan perlindungan bayaran terdahulu," katanya.

Minggu lalu, Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Koh Poh Koon, berkata di Parlimen "sangat mencabar" untuk mengenakan langkah menyeluruh ke atas semua perniagaan bagi melindungi pengguna terhadap kehilangan bayaran terdahulu dek penutupan perniagaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >