Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita 23 tahun maut, dua lagi cedera dalam perlanggaran antara kereta dan bas SMRT di simpang Bukit Timah

Apr 22, 2018 | 02:10 PM



SINGAPURA - Seorang wanita  23 tahun terbunuh selepas kereta yang dinaikinya berlanggar dengan bas SMRT di simpang Bukit Timah pada Ahad (22 April).



Dua yang lain dalam keretaa Mercedes hitam itu, termasuk pemandu wanita berusia 24 tahun, cedera. Kedua-duanya difahamkan masih dirawat di hospital.



Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan melibatkan sebuah bas dan sebuah kereta di simpang Jalan Anak Bukit dan Jalan Jurong Kechil sekitar 1 pagi.



"Pemandu kereta, seorang wanita  24 tahun, dan penumpangnya, lelaki 26 tahun,  dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong," kata polis.



Mereka menambah bahawa seorang wanita 23 tahun, penumpang dalam kenderaan yang sama, tidak sedarkan diri apabila dibawa ke Hospital Universiti Nasional dan kemudian meninggal dunia.



Penumpang lelaki itu dikatakan duduk di kerusi penumpang depan, sementara mangsa yang terkorban duduk di belakang.



Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta itu belok ke kanan dari Jalan Anak Bukit untuk memasuki Ekspreswe Rentas Pulau.



Bas SMRT itu, yang difahamkan sudah selesai tugas, bergerak lurus sepanjang Jalan Anak Bukit ke arah Clementi Road apabila bertembung di simpang trafik. Pemandu bas tidak cedera.



Gambar di tempat kejadian menunjukkan kaca cermin depan bas SMRT  pecah.



Kereta Mercedes hitam itu kemek dekat pintu penumpang kiri.



Polis masih menyiasat.



Inilah kemalangan maut kedua yang dilaporkan dalam beberapa hari.



Pada  Khamis petang, mahasiswa Universiti Nasional Singapura Kathy Ong, 19 tahun, meninggal selepas teksi Silvercab yang ditumpangi bertembung dengan sebuah kereta.



Cik Ong adalah penumpang kerusi belakang di dalam teksi dengan tiga rakan lain, kesemuanya cedera, dalam kemalangan di simpang Clementi Road dan Commonwealth Avenue West.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >