Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita 29 tahun didakwa guna kata kesat terhadap penjawat awam

Oct 13, 2023 | 08:45 PM



Seorang wanita warga Cina berusia 29 tahun didakwa di mahkamah pada Jumaat atas enam pertuduhan, termasuk satu pertuduhan mengganggu orang awam.

Menukil laporan The New Paper, wanita itu dikenal pasti sebagai Han Feizi.


Dia turut dihadapkan dua pertuduhan menggunakan bahasa kesat terhadap penjawat awam.

Dua lagi pertuduhan menyerang atau menggunakan kekerasan ke atas pegawai keselamatan dan satu pertuduhan menyebabkan gangguan secara sengaja pada 3 Oktober di bawah Akta Industri Keselamatan Persendirian turut dikenakan terhadapnya susulan insiden berasingan di sebuah kondominium di Marina Boulevard iaitu The Sail at Marina Bay.


Tertuduh memberitahu mahkamah dia berhasrat untuk mengaku bersalah dan memohon maaf atas tindakannya.

Dalam satu video yang dimuat naik di Tiktok sgwhatsup pada Rabu (11/10), dia dirakam enggan bekerjasama apabila disoal siasat oleh pegawai siasatan (IO) polis.







Dalam satu catatan Facebook Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Jumaat (13/10), ia menerima panggilan bantuan berkenaan pesakit yang berkelakuan kesat secara lisan di Hospital Besar Singapura (SGH) sekitar 2.35 pagi pada Selasa (10/10).

Tertuduh berada di Jabatan Kecemasan dan Kemalangan hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan perubatan untuk kakinya yang cedera.

Dia didakwa memekik dan menimbulkan kegusaran kepada orang ramai semasa di sana. Dia juga didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada jururawat sebelum ketibaan pegawai polis.

SPF menambah apabila dua IO tiba sekitar 3.15 pagi untuk menemu bual tertuduh, wanita itu enggan bekerjasama dan dia didakwa menggunakan kata-kata kesat dalam bahasa Mandarin kepada salah seorang IO.

“Semasa merakam (video), wanita itu cuba untuk mengambil pas keselamatan salah seorang IO. Pegawai tersebut memberitahu wanita itu secara tegas untuk tidak menyentuh pasnya,” ujar SPF.

Polis turut menyatakan bahawa mereka percaya Han barangkali telah melanggar syarat permit kerjanya.Perkara ini akan dirujuk kepada Kementerian Tenaga Kerja (MOM).

Polis berkata: “Kami memandang tegas tingkah laku kesat terhadap penjawat awam dan pekerja perkhidmatan awam yang menjalankan tugas awam mereka, dan tindakan tegas akan diambil untuk menangani pesalah sedemikian mengikut undang-undang.”

Jika disabit kesalahan menggunakan bahasa kesat terhadap pekerja perkhidmatan awam atau penjawat awam, pesalah boleh dipenjara sehingga setahun, denda sehingga $5,000, atau kedua-duanya.

Kesnya akan dibicarakan seterusnya pada 25 Oktober 2023.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dalam satu catatan Facebook pada Jumaat menekankan dasar tidak berkompromi terhadap penderaan dan gangguan, sama ada secara lisan atau fizikal, terhadap kakitangan penjagaan kesihatan.

Beliau berkata: “Kita perlu mengambil pendirian yang jelas: kakitangan penjagaan kesihatan seharusnya dilayan dengan hormat. Ini mesti menjadi pendirian yang konsisten oleh semua.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >