Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita 78 tahun maut dilanggar teksi berundur

Mar 31, 2016 | 08:48 AM



SEORANG wanita berusia 78 tahun maut selepas sebuah teksi yang berundur dengan laju melangar beliau di tempat letak kereta di Bedok North Street 2 pada Rabu (30 Mac).



Cik Poh Ah Gin sedang mengumpul kadbod di belakang sebuah kedai kopi di Blok 123, apabila seorang pemandu teksi berusia 64 tahun hilang kawalan teksi Hyundai Sonatanya, naik ke atas bebendul jalan dan melanggar beliau dua kali.



Polis berkata pemandu teksi itu ditahan kerana menyebabkan kematian dengan perbuatan cuai.



Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 3.15 petang dan menghantar sebuah ambulans.



Cik Poh, yang bujang dan tinggal sendirian, disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.



Teksi itu turut melanggar sebuah kereta dan van, yang kedua-duanya rosak teruk. Sebuah lori dan dua van lain yang diletak di belakang dua kenderaan itu juga rosak.



Saksi berkata mereka terdengar beberapa bunyi tayar menciut dan dentuman kuat pada kira-kira 3 petang. Encik Lim Kah Hong, seorang pemandu trak tunda yang berada kira-kira 20 meter dari tempat kejadian, berkata beliau berlari ke arah teksi itu selepas terdengarnya.



"Saya menjerit pada pemandu teksi itu supaya berhenti, kerana saya sedar dia telah melanggar wanita itu. Tetapi keretanya terus menyergap ke belakang dan depan, dan beliau melanggarnya lagi. Wanita tersebut sudah rebah ketika itu," kata Encik Lim, 35 tahun.



Encik Lim kemudian mendekati dan membuka pintu teksi itu untuk mengambil kuncinya, tetapi beliau tidak dapat menghentikan enjinnya kerana kenderaan itu bergerak dengan laju.



Seorang pesara berusia 62 tahun, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Lim, berkata beliau melihat dua doktor wanita tergesa-gesa keluar dari sebuah klinik berhampiran.



Seorang daripada segera melakukan bantuan pernafasan, manakala seorang lagi memasang topeng oksigen pada wanita itu.



Kesan pelanggaran itu membuat wanita tersebut berdarah teruk dari lutut dan perut beliau.



Seorang anak lelaki pemandu teksi itu, yang mahu dikenali hanya sebagai Sam, berkata bapanya hampir habis syifnya dan sedang cuba meletak teksi itu apabila ia tiba-tiba meluru ke belakang dan melanggar wanita tersebut.



Beliau, 27 tahun, berkata: "Ayah saya dalam keadaan terkejut sekarang. Dia tidak tahu bagaimana ia berlaku dan dia hanya boleh memberitahu saya bahawa ada masalah pada kereta itu."



Menurut Sam, ayahnya telah memandu teksi lebih 20 tahun dan tidak mempunyai sembarang rekod kesalahan trafik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >