Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita Australia didenda, dilarang memandu dek nahas maut

Jan 10, 2017 | 01:49 PM



SEORANG wanita Australia didenda $5,000 dan dilarang memandu empat tahun pada Selasa (10 Jan) kerana menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen sah.



Katie Maree Roberts, yang mengaku bersalah terhadap satu tuduhan melakukan perbuatan cuai tanpa niat membunuh, tidak berwaspada apabila memandu keretanya di Ekspreswe Rentas Pulau ke Lapangan Terbang Changi pada kira-kira 4.40 petang 15 Sept 2015.



Roberts, 45 tahun dan editor majalah Expat Living, berada di lorong paling kanan lebuh raya lima lorong itu dan sedang memandu ke kiri apabila dia melanggar penunggang motosikal Loh Lin Ken, 25 tahun.



Encik Loh jatuh dan digilis sebuah lori di lorong ketiga. Paramedik mengesahkan beliau meninggal dunia di tempat kejadian.



Tidak diketahui kelajuan mereka apabila kemalangan itu berlaku.



Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Tan Jen Tse menarik perhatian bahawa Encik Loh menunggang tanpa lesen sah dan cuba memotong secara berbahaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >