Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dijel 20 bulan kerana cederakan amah dengan sudu panas, kunci basikal

Nov 02, 2016 | 02:40 PM



SEORANG suri rumah, yang suaminya menyuruh pembantu rumah mereka menghabiskan makanan yang beliau tidak dapat habiskan, meletak sudu panas pada muka pembantu rumah tersebut kerana memakan lebihan makanan itu.

Dalam satu lagi kejadian, Zinnerah Abdul Majeed meletak sudu yang dipanaskan pada lengan Cik Mei Thu Phyo, 23 tahun, kerana tidak sengaja memecahkan cawan semasa mencuci.

Zinnerah, ibu tiga anak berusia 28 tahun, dihukum penjara 20 bulan pada Rabu (2 Nov) selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan menyebabkan kecederaan dengan bahan yang dipanaskan dan satu tuduhan memukul tangan pembantu rumahnya dengan kunci basikal.

Enam tuduhan penderaan lain diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa mula bekerja bagi keluarga itu di Yishun Avenue 4 pada 28 Julai 20l5.

Sekitar minggu terakhir Ogos tahun itu, Zinnerah mendapati Cik Mei terpecahkan cawan dan menghukum beliau dengan meletak sudu dipanaskan pada lengan beliau.

Zinnerah juga marah akan mangsa sekitar masa itu kerana menghilangkan trolinya dan merosakkan beberapa barang. Dia mengambil kunci basikal dan memukul tangan pembantu rumah itu.

Siasatan lanjut menunjukkan pada 1 September tahun itu, suami Zinnerah, Encik Mohammed Yazar Arafat Abbas Manthiri, sedang makan apabila beliau menyuruh Cik Mei makan makanannya kerana dia tidak dapat menghabiskannya.

Setelah mengetahui perkara itu, Zinnerah berdepan dengan mangsa, yang diam sahaja. Dia kemudian memanaskan sudu di atas dapur dan meletakkannya pada bahagian kiri muka beliau.

Pembantu rumah itu melarikan diri tiga hari kemudian. Seorang orang awam menemui beliau dalam keadaan tertekan di kolong blok tidak jauh dari blok majikannya dan menghubungi polis.

Cik Mei didapati mempunyai pelbagai kecederaan pada muka, lengan dan bahu. Terdapat juga beberapa kesan terbakar tahap kedua pada sebelah kiri muka dan tangan beliau yang mungkin meninggalkan parut kekal.

Polis kemudian membawa beliau ke sebuah rumah perlindungan.

Peguam Zinnerah, Encik V. Suriamurthi, berkata dia menyesali perbuatannya dan membayar pampasan $6,180 kepada pembantu rumah itu bagi kehilangan pendapatan dan perbelanjaan perubatan.

Zinnerah boleh dihukum penjara hingga 10½ tahun dan denda bagi setiap tuduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >