Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dijel 3 minggu, dilarang memandu 5 tahun dek nahas maut di KJE

KJE
Apr 27, 2016 | 03:41 PM



SEORANG pegawai awam yang menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan melibatkan beberapa kenderaan, dijatuhi hukuman penjara tiga minggu dan dilarang memandu lima tahun pada Rabu (27 April).



Nur Azkiya Ahmad, 34 tahun, sedang merayu terhadap hukuman tersebut dan dibebas dengan ikat jamin $15,000.



Dia mengaku bersalah menyebabkan kematian Encik Jeremy Lim Yew Leong, 34 tahun, kerana gagal memerhatikan kenderaan yang berhenti kerana kesesakan lalu lintas di Ekspreswe Kranji (KJE) pada pagi 31 Mac tahun lalu.



Dokumen mahkamah mengatakan Azkiya membelokkan keretanya ke kiri untuk mengelakkan perlanggaran dengan kenderaan di depan, hingga menyebabkan keretanya menyambar motosikal Encik Lim dan motosikal lain.



Akibatnya, Encik Lim merempuh sebuah kereta dan tercampak ke lorong paling kiri lalu digilis sebuah kepala jentolak.



Mahkamah diberitahu bahawa lalu lintas sesak di KPE pada hari itu.



Azkiya memandu kereta Kia-nya pada kelajuan 80 km sejam di lorong paling kanan. Dia gagal melihat bahawa sebuah kereta merah dan kereta lain di depannya berhenti kerana kesesakan lalu lintas.



Apabila menyedarinya dengan tiba-tiba, dia menekan brek dan membelok ke kiri bagi mengelak melanggar kereta merah itu, hingga menyambar motosikal Encik Lim.



Encik Lim meninggal di hospital kira-kira satu setengah jam kemudian.



Pihak pendakwaan meminta hukuman penjara tiga hingga empat minggu serta larangan memandu lima tahun.



Tetapi peguam Azkiya, Encik Abdul Jalil, menggesa mahkamah mengenakan denda. Beliau berhujah kemalangan itu sebahagiannya disebabkan oleh pengguna jalan raya lain juga, termasuk Encik Lim.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Stephanie Koh berkata Azkiya "menunjukkan tahap kecuaian tinggi". Dia gagal melihat kenderaan di depan di sebuah lebuh raya, dan selepas itu, dia bertindak tanpa menghiraukan pengguna jalan raya lain dengan membelok secara tiba-tiba.



Beliau berkata Azkiya punca utama kemalangan itu, dan tidak jelas bagaimana kenderaan lain menyumbang kepada akibatnya.



Bersetuju bahawa Azkiya menunjukkan tahap kecuaian tinggi, Hakim Daerah Salina Ishak berkata seorang pemandu berhemah dan bertimbang rasa dijangka mengambil langkah berjaga-jaga munasabah agar boleh bertindak apabila kenderaan lain berhenti dengan tiba-tiba dengan mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan.



Cik Salina berkata dalam kes ini, Azkiya jelas gagal memerhatikan dengan teliti kenderaan di depannya.



Beliau berkata Azkiya melanggar bukan satu tetapi dua motosikal. Pertuduhan kedua menyebabkan kecederaan ke atas penunggang lain dengan melakukan suatu perbuatan begitu cuai sehingga membahayakan kehidupan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >