Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dijel kerana terima wang yang dipercayainya hasil perbuatan jenayah

Dec 05, 2016 | 02:09 PM



BEBERAPA hari selepas mengenali seorang lelaki dalam talian, seorang wanita bersetuju membiarkan orang itu menggunakan akaun banknya untuk menerima wang daripada pelanggannya.

Pada mulanya, Lye Kim Fah, 55 tahun, berasa "terkejut" dan "tidak senang" apabila lelaki yang dikenali sebagai 'Allen Bruce' itu, yang dikenalinya pada Disember 2012, meminta dia menerima wang tersebut bagi pihaknya kerana baru beberapa hari mengenalinya.

Namun dia akhirnya setuju dan memberi butiran akaunnya.

Pada Isnin (5 Dis), Lye dipenjara 12 bulan selepas mengaku memperoleh $117,122 dalam akaun banknya sedangkan dia mempunyai alasan munasabah untuk percaya ia sepenuhnya merupakan ganjaran daripada perlakuan jenayah.

Dua tuduhan lain - memindahkan harta daripada bidang kuasa dan memindahkan wang ke dalam akaun banknya - diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

'Allen' dikatakan seorang duda berusia 50 tahun yang tinggal di London dan ahli perniagaan barang kemas.

Sekitar 5 Disember tahun itu, 'Allen' meminta Lye menerima wang daripada pelanggannya dan berkata dia akan mengambil wang itu daripadanya apabila dia melawat Singapura.

Walaupun 'Allen' memberitahunya dia akan menghantar £40,000, Lye akhirnya menerima AS$96,500 ($117,122) dalam akaun POSB-nya. Lye memberitahu 'Allen' dia menerima $110,000. Dia kemudian mengeluarkan $17,000, dan memasukkan $15,000 ke dalam satu lagi akaun DBS-nya.

Lye menghabiskan baki $2,000 untuk membeli-belah.

Bertindak atas arahan 'Allen', dia memindahkan $100,000 daripada wang dalam akaun POSB-nya ke dalam akaun Hong Leong Bank di Malaysia pada 17 Disember tahun itu.

Mahkamah diberitahu bahawa pada 11 Dis tahun itu, VP Bank (Singapore) menerima e-mel yang kononnya dihantar oleh ahli perniagaan Alexandre Robert Dudley Marie De Lesseps, yang berpangkalan di Hong Kong, untuk memindahkan AS$96,500 ke dalam akaun POSB Lye.

Hasil siasatan mendapati Encik De Lesseps tidak pernah menghantar e-mel itu. Beliau membuat laporan polis mengenai pemindahan wang yang tidak dibenarkan itu pada 3 Januari 2013.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >