Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dipenjara empat minggu kerana cuba sogok polis

Oct 04, 2016 | 08:06 AM



SEORANG wanita yang menawarkan rasuah $10,000 agar seorang pegawai polis berhenti menyiasat pelibatannya dalam satu kesalahan di bawah Piagam Wanita dipenjara empat minggu pada Isnin (3 Okt).



Zhu Kuai, 42 tahun, seorang penganggur, mengaku cuba menyogok Penolong Superintenden Polis (ASP) Chan Wai Hoong di Fortune Centre, Middle Road, pada 14 April lalu.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Vincent Ong berkata ASP Chan dan dua lagi pegawai daripada unit pengurusan pematuhan polis dihantar ke Fortune Centre hari itu berikutan maklumat awam mengenai premis urut tidak berlesen dan kondom di peti surat.



Para pegawai itu sedang berjalan di sekitar tingkat empat apabila mereka terserempak LK Beauty Spa, yang dikatakan menawarkan perkhidmatan kecantikan dan spa. Zhu berada di dalam unit itu dan sebaik melihat mereka, dia menutup pintu utama.



Menyedari ada sesuatu tidak kena, para pegawai itu menghampiri untuk menemubual Zhu, yang sebelum ini bekerja di sana tetapi tidak menguruskannya lagi. Dua berkas kunci ditemui di dalam beg tangannya.



Mengesyaki salah satu kunci itu ialah bagi peti surat unit tersebut, ASP Chan menyuruh Zhu membawa mereka ke peti surat untuk pemeriksaan.



Zhu mula panik dan berkali-kali merayu kepada para pegawai itu supaya jangan membuka peti surat tersebut. Ketika berjalan ke tingkat satu, Zhu merayu kepada ASP Chan supaya jangan membuka perti surat itu dan meminta menyelesaikan perkara tersebut secara peribadi dengan beliau.



ASP Chan mengabaikan Zhu.



Di peti surat itu, Zhu mengaku ia mengandungi kondom yang digunakan bagi perkhidmatan seks di unit itu. Satu beg hitam berisi banyak kondom belum digunakan dirampas.



Semasa seorang sarjan wanita merekodkan kenyataan Zhu, dia meminta untuk bercakap dengan ASP Chan secara peribadi, tetapi beliau enggan dan memberitahunya supaya mengatakan apa yang dia mahu di hadapan pegawai lain.



Zhu kemudian memberitahu ASP Chan dalam Mandarin: "Saya bagi awak $10,000."



ASP Chan menolak tawaran itu dan memberi amaran kepada Zhu supaya jangan memberi rasuah kepada penjawat awam. Tetapi Zhu berkata: "$10,000 awak tidak bawa saya pergi", dengan hasrat mendorong ASP Chan menghentikan siasatan sebab dia takut ditangkap kerana menyediakan perkhidmatan seks.



ASP Chan mengabaikan tawaran Zhu, yang kemudian dibawa ke Kompleks Polis Cantonment dan ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Piagam Wanita dan rasuah.



Ibu dua anak itu, yang berasal dari China tetapi kini warga Singapura, mempunyai rekod kesalahan di bawah Akta Perniagan Urut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >