Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita ditangkap curi kereta doktor

Jan 21, 2018 | 07:03 PM



SEORANG wanita berusia 42 tahun ditangkap semalam kerana disyaki terlibat dalam pencurian kereta di Hospital Mount Elizabeth. 



Menurut kenyataan polis malam semalam, seorang wanita berusia 63 tahun, ahli onkologi di hospital itu melaporkan bahawa keretanya dicuri kelmarin sekitar 4 petang. 



Pegawai polis dari Divisyen Polis Tanglin berjaya mendapatkan semula kereta dalam masa 30 minit, menurut kenyataan itu. 



Menurut laporan The Straits Times, kenderaan tersebut- sebuah BMW- ditemui di Scotts Road, berdekatan stesen MRT Newton. 



Suspek, seorang pesakit di hospital itu, ditangkap hari berikutnya sekitar 11 pagi di Holiday Inn Express Singapore Katong di East Coast Road. 



Difahami bahawa doktor tersebut telah memandu ke tempat letak kereta besmen 2 sekitar 2 petang Jumaat lalu. 



Setelah gagal mencari tempat letak kereta kosong, beliau menghentikan keretanya di tepi, meletakkan kuncinya dalam kereta dan meninggalkan tempat tersebut. 



Biasanya, kakitangan khidmat valet akan membantu untuk menggerakkan kereta tersebut sebaik terdapat tempat kosong. 



Beliau hanya sedar keretanya dicuri selepas beliau kembali ke tempat letak kereta sekitar 3.45 petang. 



Kakitangan khidmat valet memberitahunya bahawa wanita tersebut telah memandu keretanya keluar. 



Siasatan polis masih diteruskan. 



Mereka yang didapati mencuri kenderaan mungkin menghadapi hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >