SEORANG wanita berusia 40-an tahun ditemui mati di parapet sebuah bangunan pejabat di Daerah Pusat Perniagaan (CBD) pada pagi Rabu (10 Ogos).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan pada 9.43 pagi, dan menghantar sebuah ambulans serta kereta bomba ke RB Capital Building di 22, Malacca Street.
Seorang wanita ditemui terbaring kaku di parapet di tingkat empat, dan beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis menyifatkan kes itu sebagai kematian luar biasa, dan siasatan sedang dijalankan.
Laman web RB Capital menyatakan bangunan tersebut ialah sebuah kompleks pejabat 16 tingkat terdiri daripada syarikat perkhidmatan kewangan, firma undang-undang dan kumpulan ekuiti privet.