Wanita ditemui mati di Tampines, bapa mentuanya ditangkap

SEORANG wanita Cina berusia 54 tahun telah ditemui mati dalam flat tingkat tiganya di Tampines Street 43, sebentar tadi.

Wanita itu dikatakan ditemui dengan lumuran darah dalam bilik tidurnya.

Seorang lelaki berusia 80 tahun, dipercayai bapa mentua mangsa, telah ditangkap kerana disyaki terbabit dalam kes tersebut.

Seorang jiran, suri rumah berusia dalam lingkungan usia 50-an tahun yang tinggal di unit atas flat mangsa, berkata pembantu rumahnya terdengar jeritan wanita dari flat bawah sekitar 9 pagi tadi.

"Saya agak terperanjat, mereka keluarga yang ramah," katanya.

Para pegawai polis kemudian telah dilihat menggeledah cerobong sampah sekitar 2 petang sebelum mereka menemui sebatang besi sepanjang 1 meter, sapu tangan berwarna ungu dan T-shirt kelabu yang kelihatan dilumuri darah.

Siasatan masih diteruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.