Wanita Malaysia dituduh tikam tuan rumah di flat Yishun

SEORANG wanita didakwa di mahkamah pada Isnin (23 Nov) menyebabkan kecederaan ke atas tuan rumahnya, 76 tahun, dengan senjata berbahaya di Yishun pada Sabtu malam lalu.

Woo Mui Mee, seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun, didakwa menikam Encik William Wong Keng Woo di flat tiga biliknya di tingkat dua Blok 114, Yishun Ring Road.

Dua dikatakan menggunakan pemotong kertas untuk mencederakan tangan kiri Encik Wong.

Berpakaian kemeja-T merah dan bermuda biru gelap, Woo tiba di Mahkamah Negara dalam sebuah kereta polis pada kira-kira 9 pagi.

Dia kini ditahan reman untuk siasatan.

Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah ia kemungkinan besar akan mengenakan pertuduhan lebih berat.

Polis berkata mereka menerima panggilan pada 10 malam hari itu, dan mendapati Encik Wong terbaring kaku di rumahnya.

Beliau disahkan meninggal dunia pada kira-kira 11.40 malam.

Jika sabit kesalahan, Woo menghadapi hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda.

Kes itu akan disebut Isnin ini (30 Nov).

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.