Wanita mangsa sampah maut di Eunos meninggal dunia

WANITA yang terlantar di hospital sejak bulan lalu selepas tertimpa roda basikal yang dilontar dari flat di sebuah blok di Eunos Crescent meninggal dunia malam semalam.

Allahyarhamha Mahani Abdullah, 67 tahun, koma selepas mengalami serangan jantung Selasa lalu dan terpaksa bergantung pada alat sokongan hidup. Beliau juga mengalami kerosakan ginjal dan otak.

Keluarga beliau memutuskan mematikan alat sokongan hidup itu sekitar 9.30 malam semalam selepas doktor berkata beliau tiada harapan sembuh, menurut anak saudaranya, Cik Nadia Abdullah Sani, 36 tahun.

Allahyarhamha meninggal dunia sekitar sejam kemudian dengan dua anak lelakinya, Encik Johan dan Encik Jasman Abdul Aziz, serta keluarga berada di sisi beliau.

Jenazah Allahyarhamha dijangka disolatkan di Masjid Darul Aman sebelum dikebumikan petang ini.

Waktu Solat

Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 58
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.