Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita mati sehari lepas ditemui terapung dalam Sungai Singapura

May 17, 2016 | 03:06 PM



Seorang wanita berusia 49 tahun, yang diselamatkan selepas ditemui terapung-apung menelungkup di dalam Sungai Singapura berhampiran kawasan Marina Bay pada Isnin (16 Mei), telah meninggal dunia.



Jurucakap polis, dalam respons kepada pertanyaan media, berkata wanita itu meninggal dunia di Hospital Besar Singapura (SGH) pada Selasa (17 Mei).



Akhbar The New Paper melaporkan seorang warga Jerman, Encik Michael Rosch, yang berjalan kaki pagi di kawasan itu, menelefon pihak berkuasa apabila beliau melihat sekujur tubuh terapung-apung di dalam air pada kira-kira 11.20 pagi Isnin.



Encik Rosch, yang bekerja di Singapura sebagai jurutera sistem maklumat, sedang berjalan di Jambatan Helix arah ke Marina Bay Sands apabila beliau terkejut melihat tubuh menelungkup yang tidak bergerak itu.



"Pada mulanya saya menyangka dia pelancong yang turun ke dok untuk mengambil gambar dan terjatuh," katanya kepada akhbar itu.



"Saya terkejut apabila mendapat tahu kemudian bahawa beliau orang tempatan."



Tidak jelas bagaimana wanita tersebut berada di dalam air.



Anggota bomba Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kemudian berenang dan membawa wanita itu - yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas - ke pantai, kata seorang jurucakap.



Bantuan pernafasan dilakukan ke atas beliau dalam ambulans dalam perjalanan ke SGH.



Siasatan masih dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >