Wanita maut dalam nahas di Hougang, pemandu van ditangkap

SEORANG wanita berusia 53 tahun terbunuh dalam satu kemalangan melibatkan sebuah van di Hougang pada awal pagi Rabu (2 Mac).

Menjawab pertanyaan media, polis berkata ia menerima panggilan mengenai kemalangan itu, yang berlaku di Hougang Street 52, pada kira-kira 4.55 pagi.

Pejalan kaki itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian, kata jurucakap polis.

Pemandu van tersebut, seorang lelaki berusia 54 tahun, ditahan kerana menyebabkan kematian dengan tindakan cuai.

Gambar selepas kemalangan oleh pengguna Facebook Lim Loon Qian, menunjukkan khemah biru polis dan beberapa pegawai polis di tempat kejadian.

Menurut Encik Lim, mangsa sedang berlari-lari anak apabila beliau dilanggar oleh van yang bergerak laju itu.

Siasatan polis masih dijalankan.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.