Wanita maut dilanggar bas SBS di Punggol

SEORANG wanita Cina berusia 30 tahun maut dilanggar sebuah bas SBS Transit di luar pusat pertukaran bas Punggol pagi tadi.

Bas satu dek itu dipercayai sedang keluar daripada pusat pertukaran ke Punggol Place apabila kemalangan itu berlaku.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan pada 6.47 pagi dan menghantar dua kereta bomba, kenderaan sokongan dan ambulans ke tempat kejadian.

"Ini satu kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah bas SBS dan mangsa wanita, yang perlu ditarik keluar dari bawah bas," kata jurucakap itu.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.