Wanita Nigeria yang dihantar ke TTSH tidak dijangkiti Ebola

WANITA Nigeria yang dihantar dari Hospital Gleneagles ke Pusat Penyakit Berjangkit di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) pagi tadi tidak dijangkiti penyakit Ebola seperti yang dikhuatiri sebelum ini.

Profesor Philip Choo, ketua pegawai eksekutif TTSH, memberitahu akhbar The Straits Times bahawa pesakit tersebut telah pun keluar dari hospital.

Beliau berkata, pihaknya telah menemui pesakit itu tetapi mendapati beliau tidak mempunyai sebarang hubungan dengan suspek pesakit Ebola atau mereka yang sah dijangkiti penyakit itu.

Ebola, penyakit yang mudah berjangkit dah boleh membawa maut.

Ia kini sedang merebak di Afrika Barat hingga menimbulkan keprihatinan bahawa ia mungkin boleh merebak ke seluruh dunia.

Sebelum ini, wanita berusia 50-an tahun itu telah dikenalpasti sebagai mungkin dijangkiti Ebola di Hospital Gleneagles pada pagi hari ini.

Beliau dipercayai datang ke Singapura baru-baru ini dan tiba di jabatan kecemasan hospital kerana demam panas, tetapi segera diasingkan dan dihantar oleh ambulans ke TTSH.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.