Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita Singapura dijel empat setengah tahun kerana sekongkol dengan penipu Nigeria

Jun 22, 2016 | 12:09 PM



SEORANG wanita Singapura yang bekerjasama dengan seorang lelaki Nigeria untuk menipu mangsa lebih $200,000 dipenjara empat setengah tahun bagi pelbagai kesalahan.



Suriani Hassim, 30 tahun, yang menghadapi 20 tuduhan, mengaku bersalah pada Isnin bagi sembilan pertuduhan.



Antara lain, dia membiarkan wang dimasukkan ke dalam akaun banknya walaupun dia mempunyai sebab munasabah untuk percayai bahawa ia hasil penipuan, dan menyerahkannya kepada seorang lelaki Nigeria, yang dikenalinya sebagai Bah.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Vadivalagan Shanmuga berkata enam mangsa membuat laporan polis berasingan pada 2014 bahawa mereka ditipu oleh Bah, yang memperkenalkan dirinya kepada mereka di Facebook dan laman web berkencan (dating) di bawah pelbagai nama.



Bah menipu mereka supaya memasukkan wang dalam pelbagai jumlah ke dalam akaun bank Singapura dan Malaysia atau menghantarnya ke pihak ketiga tidak diketahui di luar negara.



Hasil siasatan mendapati Suriani bertemu Bah di Kuala Lumpur dan tinggal bersamanya dari masa ke masa. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang lahir pada 2013.



Dia tahu Bah seorang penipu yang menipu wanita akan wang mereka melalui telefon dan platform Internet. Suriani, yang tidak bekerja, bersekongkol dengan Bah kerana dia bergantung padanya.



Dia membenarkan tiga akaun banknya di Singapura digunakan untuk menerima wang daripada mangsanya. Beberapa kali, dia mengeluarkan wang itu dan memberikannya kepada Bah di Kuala Lumpur, atau bagi kegunaannya sendiri.



Encik Shanmuga berkata Suriani juga mempunyai telefon bimbit Singapura untuk Bah menelefon mangsanya.



Siasatan berlarutan kerana dia mengelakkan polis.



"Selain memberi maklumat palsu, dia sengaja tidak datang bagi wawancara dengan polis," ujar Encik Shanmuga.



Suriani akhirnya ditangkap di Lapangan Terbang Changi pada 27 Feb 2014, ketika cuba berlepas ke Malaysia.



Daripada $220,100 yang terlibat, hanya $5,003 telah didapatkan semula daripada akaun Standard Chartered Bank Suriani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >