Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita tua ditemui mati di Tampines dengan pisau tertusuk dalam tekak

Feb 14, 2017 | 07:56 AM



SEORANG wanita berusia 77 tahun ditemui mati di ruang tamu flatnya di tingkat lima di Tampines pada Isnin (13 Feb).



Polis sedang menyiasat kes itu sebagai kematian luar biasa.



Jurucakap polis berkata panggilan bagi bantuan diterima pada kira-kira 2.10 petang di Blok 276, Tampines Street 22. Difahamkan panggilan itu dibuat oleh seorang jiran.



Wanita berkenaan, dikenal pasti sebagai Cik Tay Quee Lang, ditemui dengan pisau tertusuk dalam tekaknya.



Jiran-jiran berkata Cik Tay tinggal di flat empat bilik itu bersama suaminya, yang berumur 70-an tahunn dan seorang pembantu rumah Indonesia, yang mula bekerja bagi keluarga itu kira-kira sebulan lalu, lapor akhbar The Straits Times.



Seorang jurutera, Encik Ashaari Hasan Basri, yang tinggal di tingkat sama, menelefon polis selepas mendengar tangisan pembantu rumah itu meminta pertolongan.



"Dia menangis dan menjerit 'ah ma' (nenek dalam dialek Hokkien) dari dalam fat itu, jadi saya bergegas. Dia kelihatan binggung dan hanya memberitahu saya 'ah ma' kelar dirinya sendiri dengan pisau," kata beliau, 28 tahun.



Encik Ashaari nampak melalui tingkap wanita tua itu terkulai di atas kerusi roda dengan pisau berlumuran darah, berukuran kira-kira 20 sentimeter panjang, tertusuk dalam tekaknya.



"Terdapat darah di atas lantai dan pada pakaian beliau," katanya.



Encik Ashaari menambah wanita itu dan suaminya, yang beliau sifatkan sebagai baik hati, penyayang dan mesra, tinggal di flat itu lebih 30 tahun.



Cik Tay mengalami strok kira-kira tiga tahun lalu dan tidak boleh bergerak tanpa bantuan suaminya, kata ibu Encik Ashaari, Cik Ainon Ali, 56 tahun.



Suami Cik Tay, Encik Tan Hee Seng, keluar bagi pemeriksaan hospital semasa kejadian dan pulang hanya selepas polis tiba di tempat kejadian.



Pembantu rumah dari Indonesia itu, yang berada di rumah semasa kejadian, dibawa pegawai polis untuk membantu siasatan pada kira-kira 6 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >