SEORANG wanita terperangkap di bawah sebuah bas manakala dua orang lagi mengalami kecederaan selepas sebuah bas dua tingkat SBS Transit merempuh laluan pejalan kaki di Bedok semalam.
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan yang terjadi di luar kawasan Bedok Residences di Bedok North Drive sekitar 1.32 petang.