Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga asing dijangkiti HIV boleh lawat S'pura bagi jangka pendek

Aug 31, 2015 | 10:53 AM



WARGA asing yang dijangkiti virus HIV, punca penyakit Aids, kini boleh melawat Singapua di bawah pas lawatan jangka pendek.


Ini setelah pemerintah menarik balik larangan ke atas golongan itu, yang dilaksana sejak lebih 20 tahun lalu, pada 1 April.


Bagaimanapun, larangan tersebut kekal bagi pelawat jangka panjang, misalnya mereka yang ingin bekerja di Singapura atau menemani anak yang sedang belajar di sini.


Ini disahkan Kementerian Kesihatan (MOH) kepada akhbar The Straits Times.


"Dasar penghantaran balik dan menyenarai hitam secara tetap warga asing yang positif HIV disyor pada akhir 1980-an apabila penyakit itu baru, membawa maut dan tidak ada rawatan berkesan baginya," kata jurucakap MOH.


Tetapi larangan itu ditarik balik "memandangkan konteks semasa, dengan lebih 5,000 penduduk Singapura hidup dengan HIV dan adanya rawatan berkesan bagi penyakit ini".


Jurucakap MOH menambah: "Menarik balik sekatan perjalanan jangka pendek... menimbulkan risiko tambahan sangat rendah jangkitan HIV pada penduduk tempatan.


"Bagaimanapun, risiko kesihatan awam yang ditimbulkan oleh orang yang tinggal lebih lama bukan tidak besar, oleh itu sekatan ke atas lawatan jangka panjang masih dikekalkan."


Peraturan itu sama dengan undang-undang imigresen di negara seperti Australia dan New Zealand, katanya.


HIV menyerang sistem imun tubuh dan dijangkiti terutamanya melalui hubungan seks, walaupun ia boleh merebak dengan cara lain, seperti dengan berkongsi jarum tercemar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >