RIBUAN rakyat Singapura daripada setiap lapisan masyarakat meluangkan masa memberi penghormatan terkahir kepada mantan Presiden S R Nathan di Bangunan Parlimen semalam.
Di bawah sebuah khemah besar yang didirikan di Padang, mereka sedia beratur dengan tertib menanti giliran menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum memasuki Bangunan Parlimen, tempat jenazah mendiang diletak bagi Penghormatan Negara.