Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga berperanan pelihara perpaduan sosial selepas kejadian pengganas

Jul 15, 2017 | 05:02 PM



AGENSI keselamatan Singapura boleh mengawal kejadian pengganas tetapi penduduk juga mempunyai peranan penting bagi memastikan perpaduan sosial dan meneruskan dengan kehidupan mereka, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Encik Chan Chun Sing semalam.



Ancaman radikal dan serangan pengganas di rantau ini telah banyak meningkat sejak beberapa bulan lalu, dengan beberapa penangkapan di Singapura, katanya.



“Namun ia bukan sahaja tentang menangkap orang dan perkara paling penting yang kita harus lakukan sekarang ialah untuk memastikan masyarakat kita tidak berpecahbelah oleh orang yang cuba melakukan perkara buruk kepada kami,” kata Encik Chan yang juga timbalan pengerusi Persatuan Rakyat (PA).



Bercakap selepas satu simulasi serangan pengganas di Lorong Mambong di Holland Village, beliau berkata warga Singapura harus komited meneruskan hidup seperti biasa dan menjaga satu sama lain sekiranya kejadian pengganas berlaku di sini.



“Jika sesuatu berlaku di sini dan kita mula meragui antara satu sama lain kerana bangsa, bahasa, agama atau latar belakang yang berbeza, kita akan gagal dan pengganas itu yang berjaya,” ujarnya.



Encik Chan berkata demikian di majlis pelancaran Ikrar SGSecure, daya usaha terkini di bawah gerakan SGSecure yang dilancarkan tahun lalu untuk mempersiapkan warga setempat bagi menghadapi serangan pengganas.



Di bawah daya usaha yang baru itu, penduduk digalak berikrar untuk menyokong gerakan SGSecure itu menerusi beberapa cara termasuk kekal berwaspada dan melaporkan tentang kegiatan atau kelakuan yang mencurigakan kepada polis, mengekalkan perpaduan dan keharmonian sosial, belajar kemahiran menyelamatkan nyawa atau berbakti secara sukarela sebagai pemberi bantuan kecemasan atau kaunselor dalam krisis.



Butiran ikrar daripada setiap kawasan undi akan disimpan dalam Panduan Sumber Masyarakat agar penduduk boleh dihubungi apabila khidmat mereka diperlukan.



Sejak bulan lalu, lebih 5,000 penduduk GRC Tanjong Pagar telah menandatangani ikrar itu dalam fasa rintis daya usaha tersebut.



Kini, orang awam yang ingin berikrar juga boleh melakukan demikian menerusi laman web www.pa.gov.sg/sgsecure_pledge atau isi borang yang boleh didapatkan di kelab masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >