Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga dewasa S’pura terima wang Pakej Jaminan GST pada Dis

Nov 15, 2023 | 07:38 PM



Warga dewasa Singapura akan menerima antara $200 dengan $800 pada Disember 2023 di bawah Pakej Jaminan pemerintah bagi mengurangkan kesan kos sara hidup.

Mereka yang bakal menerima wang tersebut adalah golongan warga berusia 21 tahun dan ke atas pada 2024, tidak kira jumlah hartanah yang mereka memiliki.

Dalam kalangan sekitar 2.9 juta warga Singapura itu, kira-kira 2.5 juta orang akan menerima bayaran tambahan sehingga $200, menurut Kementerian Kewangan (MOH) pada Rabu. Wang tambahan itu adalah bagi warga yang meraih pendapatan dinilai bagi tahun penilaian 2022 sehingga $100,000.

Bayaran tunai itu sebahagian daripada beberapa langkah – termasuk tokokan MediSave dan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) – di bawah Pakej Jaminan itu.

Ia diterapkan bagi mengurangi kesan inflasi serta kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi semua warga Singapura.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, telah mengumumkan pada 28 September, bahawa satu pakej sokongan kos sara hidup tambahan bernilai $1.1 bilion akan disediakan. Ia bermatlamat menawarkan lebih banyak sokongan kepada isi rumah, terutama keluarga berpendapatan rendah hingga pertengahan.


Ini termasuk tambahan lagi $800 juta kepada Pakej Jaminan itu, yang menjadikan jumlah keseluruhan bantuan tersebut mencecah lebih $10 bilion.

Orang ramai boleh memeriksa kelayakan mereka menerima bayaran itu dengan melawat laman rasmi Pakej Jaminan menerusi akaun Singpass mereka.

Untuk mendapatkan bayaran itu seawal 5 Disember, warga Singapura digalakkan mengaitkan nombor kad pengenalan (NRIC) mereka kepada PayNow menjelang Ahad jika mereka mempunyai akaun dengan bank-bank di Singapura yang menyertai proses itu.

Mereka yang tidak mempunyai bank akaun yang dikaitkan dengan PayNow-NRIC boleh mengemas kini maklumat akaun bank DBS/POSB, OCBC atau UOB mereka di laman Pakej Jaminan itu sebelum 27 November, supaya mereka dapat menerima bayaran itu mulai 13 Disember.

Warga yang menggunakan khidmat GovCash boleh mengeluarkan wang itu di mesin ATM OCBC serata pulau selepas memasukkan nombor rujukan bayaran yang bakal dihantar kepada mereka mulai 22 Disember dengan mengisi nombor NRIC serta pengesahan menerusi imbasan wajah. Akaun OCBC tidak diperlukan untuk mengeluarkan wang itu daripada ATM OCBC.

Selain bayaran tersebut pada Disember, warga Singapura juga bakal menerima beberapa bantuan lain dari pemerintah mulai awal 2024.

Antara lain, setiap isi rumah rakyat Singapura akan menerima baucar CDC bernilai $500 pada Januari yang boleh didapatkan menerusi laman go.gov.sg/cdcv mulai 3 Januari 2024.

Baucar itu boleh ditebus pada bila-bila masa sebelum tarikh tamatnya pada hujung 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >