Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas, lelaki penyumbang terbesar batuk kering: MOH

Mar 25, 2023 | 05:30 AM



GOLONGAN warga emas serta kaum Adam kekal membentuk golongan paling ketara kes aktif penyakit penyakit batuk kering, atau tuberkulosis (TB) di sini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat.



Dalam satu kenyataan semalam, MOH berkata terdapat 1,251 kes aktif TB baru dalam kalangan penduduk Singapura pada 2022, turun sedikit daripada 1,300 kes dilaporkan pada 2021.



Daripada kes itu golongan berusia 50 tahun dan ke atas menyumbang lebih tiga perempat semua kes TB, iaitu 973 kes.



Manakala pesakit lelaki pula menyumbang sebanyak 846 kes TB aktif di sini - lebih seganda daripada bilangan kes melibatkan wanita sebanyak 405 kes.



Jumlah kes TB di Singapura secara keseluruhan, merosot buat kali keempat berturut-turut pada 2022, kata MOH.



MOH berkata walaupun TB disifatkan sebagai penyakit endemik di Singapura, ia kekal menjadi satu ancaman kesihatan awam.



Pada 2022, sekitar 170 individu di sebuah kawasan kejiranan Jalan Bukit Merah diuji positif TB.



Simptom yang sering ditemui mereka yang menghidap penyakit itu termasuk batuk-batuk dengan kahak atau darah, kesakitan di bahagian dada dan berpeluh pada waktu malam.



MOH berkata "kewujudan penyakit TB Terpendam bukan perkara yang jarang berlaku dalam kalangan penduduk, dengan kadar jangkitan mencecah sehingga 30 peratus dalam kalangan golongan lebih tua."



Terdapat lebih 10.6 juta kes aktif TB di peringkat sedunia pada 2021 dengan 1.6 juta menyebabkan kematian, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



Selepas Covid-19, TB juga merupakan penyakit berjangkit kedua yang boleh menyebabkan kematian pada tahun itu.



TB boleh disebarkan menerusi pendedahan tempoh lama dan rapat terhadap individu yang dijangkiti TB aktif yang tidak dirawat, kata MOH.



Namun TB boleh dipulih dengan rawatan perubatan sesuai sementara penyebarannya boleh dikekang menerusi beberapa langkah seperti jejak kontak dan pemantauan kesihatan.



MOH berkata mereka yang didiagnos TB boleh diletakkan dalam satu rancangan rawatan yang berlangsung sekitar enam hingga sembilan bulan, sambil menambah bahawa mereka yang tidak mematuhi rancangan itu bakal menghadapi risiko kembali jatuh sakit serta mengalami varian TB yang lebih kuat iaitu TB yang dapat menentang pelbagai ubat (MDRTB).



Singapura melaporkan enam kes MDRTB pada 2022, sementara hampir separuh juta kes penyakit itu direkodkan sedunia pada 2021.



Apabila TB berupaya menentang rawatan perubatan, kadar kematian boleh mencecah sehingga 58 peratus.



Namun, kata MOH, apabila rawatan TB dilakukan, mereka yang menghidap TB aktif pula tidak akan menyebabkan jangkitan kepada orang lain, sama seperti mereka yang menghidap TB terpendam yang tidak menghidap simptom dan tidak lagi menjadi penyebar jangkitan.



Pada Jumaat yang juga merupakan Hari TB Sedunia, MOH menggesa mereka yang kurang sihat dan menghidap simptom supaya mendapatkan rawatan dan diagnosis awal.



Kontak rapat juga perlu dipantau agar masyarakat sejagat dapat dilindungi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >