Warga emas terima kunci rumah di Kampung Admiralty

SEJUMLAH 15 warga emas menerima kunci flat studio mereka di Kampung Admiralty dari Menteri Penyelaras bagi Prasarana Khaw Boon Wan pada 12 Ogos.

Mereka antara 103 penduduk yang bakal menjadi generasi perintis 'kampung persaraan' HDB atau pembangunan perumahan bersepadu pertama di Singapura, yang dilengkapkan dengan kemudahan khas bagi warga emas.

Menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), 99 peratus - 103 - daripada 104 studio apartment dua bilik di sana telah diambil penghuni.

Merangkumi dua bangunan flat yang terletak bersebelahan stesen MRT Admiralty ini flat studio ini sebahagian kompleks lebih besar yang menawarkan kemudahan seperti pusat perubatan, farmasi, pusat penjagaan warga tua dan pusat penjagaan kanak-kanak. Sebuah kebun sayur dan pusat penjaja makanan juga disediakan.

Ia adalah projek pertama antara 10 projek Bina-Ikut-Tempahan (BTO) oleh HDB yang bertujuan menempatkan pusat penjagaan kanak-kanak dengan pusat warga emas di satu tempat, demi menggalak jalinan hubungan antara generasi.

Projek BTO ini akan dibina dalam tempoh sedekad bermula 2015, dan adalah sebahagian rancangan $3 bilion untuk memantu warga Singapura menua dengan selesa.

Perkembangan ini membuka laluan bagi Singapura untuk mengikuti jejak masyarakat di Jepun dan Amerika Syarikat, di mana pusat penjagaan kanak-kanak dengan kemudahan bagi warga emas dibina di tempat sama.

Interaksi sosial ini, mengikut beberapa kajian, telah dikaitkan dengan usaha mengurangkan kemurungan, rasa terpencil, memperlambatkan kemerosotan tahap mental, mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit dan kematian dalam kalangan warga emas.

Dalam ucapannya sempena Hari Masyarakat di Kampung Admiralty pada 12 Ogos, Encik Khaw berkata 'masyarakat persaraan' seperti ini perlu memiliki empat elemen penting - ruang awam yang menggalakkan interaksi sosial, ruang bagi penuaan aktif, kemudahan yang menggalakkan jalinan hubungan antara generasi tua dan muda, serta menggalakkan sifat baik budi.

"Ini adalah impian kita dan kita ada dalam tangan kita untuk menjadikannya realiti. Ayuh bekerja keras dan saling mengingatkan satu sama lain, tentang impian lebih besar ini sementara kita mula hidup dalam kampung moden ini," kata Encik Khaw.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:09
Asar
4:25
Maghrib
7:13
Isyak
8:23
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.