Warga Malaysia yang ceroboh Singapura hadapi tiga tuduhan

GURU warga Malaysia yang menceroboh masuk ke sini bulan lalu kini menghadapi tiga tuduhan selepas hadir di mahkamah pagi tadi.

Nurul Ruhana Ishak, yang berusia 27 tahun dan berasal dari Kedah, sebelum ini menghadapi hanya satu tuduhan pencerobohan jenayah.

Tetapi dua lagi jenayah dikenakan ke atasnya tadi - gagal menyerahkan pasport dan gagal menghentikan keretanya.

Dua tuduhan tambahan itu setiap satu membawa hukuman maksimum enam bulan dan/atau denda.

Nurul Ruhana ditawarkan jaminan $15,000 dan dijangka dihadapkan ke mahkamah lagi pada 4 Mac ini.

Tertuduh menyusup masuk ke Singapura dengen mengekori sebuah kereta dan melepasi para pegawai imigresen tanpa diperiksa di pusat pemeriksaaan Woodlands pada 17 Januari lalu.

Dia hanya ditangkap tiga hari kemudian bila cuba memasuki perkarangan Kementerian Ehwal Luar (MFA) tanpa kebenaran.

Nurul Ruhana kemudian didakwa di mahkamah sebelum direman di Institut Kesihatan Mental (IMH).

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 44
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.