Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga menyambut baik Belanjawan 2014

Nur Adilah Mahbob
Feb 22, 2014 | 05:02 PM



WARGA Singapura menyambut baik dasar-dasar khusus yang dihulurkan kepada golongan-golongan tertentu seperti golongan berpendapatan rendah, pertengahan dan generasi perintis, dalam Belanjawan 2014 ini.


Ini lebih-lebih lagi bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan kos penjagaan kesihatan.


Namun, mereka berharap lebih banyak yang boleh dilakukan untuk mengawal kos tersebut.


Seorang jurulatih bengkel pendidikan, Encik Rahmat Ahmad, 62 tahun, berkata walaupun kenaikan sumbangan majikan ke akaun Medisave pekerja mungkin tidak banyak, "tetapi ia sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan sedikit beban mereka yang kurang sihat dan perlu mengeluarkan banyak belanja untuk perubatan dan rawatan."


Pengerusi Kumpulan Senior PAP (PAP.sg), Cik Halimah Yacob, pula menyifatkan Pakej Generasi Perintis sebagai murah hati dan akan mengurangkan kebimbangan warga perintis dalam mendapatkan rawatan perubatan.


"Secara keseluruhannya, saya berharap pemerintah akan terus berusaha mengawal kos penjagaan kesihatan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >