Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Singapura di New Zealand digesa kekalkan hubungan dengan negara

Oct 30, 2015 | 10:42 AM



PRESIDEN Tony Tan Keng Yam menggesa masyarakat Singapura di New Zealand supaya terus mengekalkan hubungan dengan negara ini, dalam satu majlis pada Khamis (29 Okt).


Beliau, yang sedang melakukan lawatan negara ke New Zealand, menyifatkan masyarakat Singapura di negara itu sebagai kecil tetapi aktif.


Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 50 orang, kebanyakannya warga Singapura dan New Zealand yang dilahirkan di Singapura.


Terdapat kira-kira 5,400 warga New Zealand kelahiran Singapura.


"Sebahagian daripada anda telah berada di New Zealand bertahun-tahun, tetapi terus mengekalkan hubungan kukuh dengan Singapura dan rakyat Singapura di New Zealand," kata Dr Tony Tan.


Beliau memberi contoh tentang pelbagai kelab Singapura dan persatuan di New Zealand yang menganjurkan pelbagai acara yang menggambarkan warisan budaya Singapura. Ini termasuk pertemuan bagi sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Hari Kebangsaan.


Satu hadiah yang didambakan pada majlis jamuan malam Hari Kebangsaan baru-baru ini ialah satu tiket Singapore Airlines pulang ke Singapura, ujar Dr Tony Tan.


"Ia menunjukkan hati dan perut anda masih berakar umbi di Singapura," katanya, sambil ketawa.


"Saya menggalak anda terus mengekalkan hubungan anda dengan Singapura... Anda bahagian penting masyarakat Singapura yang lebih luas," katanya.


Pesiden Kelab Singapura Christchurch, Cik Sitti Curtis, 50 tahun, bersetuju.


Walaupun menjadi warga New Zealand pada 1990, beliau menghadiri sebanyak mungkin acara masyarakat warga Singapura kerana menganggap pengalaman menjadi warga Singapura dahulu sebagai sebahagian daripada jati dirinya.


Pada Khamis, Dr Tony Tan antara lain melawat sebuah syarikat pembuat bot jet yang membekalkan sebahagian bot ronda Polis Pengawal Pantai Singapura.


Beliau berkata di Facebook bahawa perdagangan dan pelaburan antara Singapura dan New Zealand telah berkembang sejak perjanjian dagangan bebas berkuat kuasa pada 2001.


"Perdagangan antara negara kita akan mendapat lebih manfaat daripada Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) yang dimeterai baru-baru ini," katanya, merujuk kepada perjanjian yang akan meliberalisasikan perdagangan di seluruh rantau Asia Pasifik itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >