Warga S'pura cedera dalam kemalangan di Negri Sembilan

Ervina Mohd Jamil

SEORANG warga Singapura cedera selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya terbalik semasa dalam perjalanan pulang ke tapak perkhemahan dalam hutan di Kuala Pilah, Negri Sembilan, malam tadi.

Encik Alvin Tan, berusia 30-an tahun, menyertai program Rainforest Challenge 2014 (RFC) di Negeri Sembilan itu sebagai pemerhati dan sedang dalam perjalanan pulang ke tapak perkhemahan bersama seorang lagi peserta dari Filipina dan seorang anggota pasukan penganjur dari Malaysia apabila 4WD yang dipandunya menyenget ke tepi sebelum terbalik dan jatuh sedalam lima kaki.

Menurut warga Malaysia yang berada dalam kenderaan itu, Encik Daniel Liew, 38 tahun, mujur sebatang pokok getah menahan 4WD itu daripada terus terjatuh lebih jauh ke dalam gaung.

Akhbar ini tidak dapat menghubungi warga Singapura itu namun beliau difahamkan pulang ke sini hari ini.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.