Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura maut semasa sertai acara basikal lasak di Johor

May 23, 2016 | 05:30 AM



SEORANG lelaki warga Singapura meninggal dunia semasa menyertai satu acara berbasikal di seberang Tambak kelmarin, dipercayai akibat serangan jantung.



Mengesahkan demikian kepada Berita Harian (BH) semalam, pengurus acara MegaRide MTB Special Edition yang diadakan di Pasir Gudang, Johor, Encik Sariman Samuri, berkata Allahyarham Al-Rashid Jamalludin, 58 tahun, menyertai kategori Master bagi penunggang yang berusia lebih 45 tahun dalam acara basikal lasak (mountain bike) Jamboree sejauh 35 kilometer.



Namun, beliau tewas sekitar 10 kilometer dari garisan permulaan. Acara itu dianjurkan Kelab Berbasikal Ronda Riadah Johor Bahru Selatan.



"Waktu itu mungkin arwah terkena serangan jantung. Pihak kami dah cuba selamatkannya tapi tak berjaya," kata Encik Sariman.



Menurutnya, beliau dalam perjalanan ke pusat pemeriksaan pertama bagi menghantar bekalan air untuk peserta dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) sekitar 11 pagi. Namun ketika beliau hampir tiba di kawasan itu, Encik Sariman menerima panggilan daripada rakannya yang meminta beliau membawa keluar seorang peserta dekat kawasan itu.



"Oleh kerana kawasan ini dalam hutan dengan tanah yang tak rata, ambulans tidak dapat masuk, jadi saya menuju ke lokasinya dengan bantuan kru yang tahu jalannya.



"Apabila saya sampai di lokasi sekitar 20 minit kemudian, beliau dah tak ada. Allahyarham dibaringkan dengan mukanya ditutup dengan kain dan tangannya atas perut.



"Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang berada di sana sudah mengesahkan beliau meninggal dunia selepas cuba sedaya-upaya menyelamatkan arwah tetapi tidak berhasil," ujarnya.



Menurut Encik Sariman, mereka kemudian membawa Allahyarham keluar dari hutan itu dengan kenderaan 4WD sebelum membawanya ke Hospital Sultan Ismail dengan menaiki ambulans.



Allahyarham, bapa empat anak, merupakan antara sekumpulan tujuh penunggang basikal daripada kumpulan basikal De S.U.A.R di sini yang menyertai acara tersebut.



Salah seorang anggota kumpulan itu, Encik Muhammad Supian Md Yusup, yang dihubungi BH mengesahkan kejadian itu. Namun, beliau enggan mengulas lanjut bagi menghormati keluarga Allahyarham.



Difahamkan peserta tidak perlu memberi butiran rekod kesihatan mereka ketika mendaftar. Mengesahkan demikian, Encik Sariman berkata: "Kami telah mengadakan acara ini selama enam tahun sejak 2011 dan kami tidak meminta rekod kesihatan peserta. Oleh kerana sukan ini lasak, kami mengharapkan peserta faham keperluannya dan keadaan kesihatan mereka sendiri," ujarnya.



Keluarga Allahyarham enggan mengulas apabila dihubungi.



Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >