Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EKONIAGA: SEKITAR RAMADAN

Warga S'pura 'tidak lepas' ke bazar di JB

Jun 24, 2016 | 05:30 AM



MESKIPUN terdapat banyak pilihan bazar Ramadan di sini, ramai warga setempat tetap ke seberang Tambak untuk membeli pelbagai juadah buka puasa.



Malah, sesetengah warga Singapura juga berkata mereka kadangkala sanggup mengharungi kesesakan di pusat pemeriksaan kerana ingin menikmati juadah yang jarang boleh didapatkan di sini.



Ini termasuk burasak, sejenis hidangan masyarakat Bugis berasaskan beras dan santan yang dimakan dengan lauk-pauk, dan sajian ayam dan kambing golek yang dipanggang depan mata pengunjung bazar.



Antara bazar Ramadan di Johor Bahru yang kerap dikunjungi warga Singapura ialah bazar di sebelah pusat beli-belah Perling Mall di Taman Perling, kira-kira 20 minit perjalanan dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar.



Terdapat lebih 80 gerai di bazar yang dibuka antara 3 petang dengan 7 malam itu yang menjual aneka juadah berbuka termasuk sup gearbox, nasi ayam penyet bersarang, ayam golek dan sebagainya pada harga menarik.



Menurut Encik Sa'don Mangin, 55 tahun, yang menjual sup gearbox di bazar tersebut selama enam tahun, gerainya juga sering dikunjungi warga Singapura.



"Agaknya musim hujan begini, orang suka makan sup ini untuk panaskan badan. Orang Singapura selalu juga datang ke kedai saya, biasanya pada hujung minggu," ujarnya.



Selain bazar di Taman Perling itu, sebahagian warga Singapura juga berbelanja juadah buka puasa di bazar Ramadan di tapak Pasar Tani Datin Halimah.



Ini merupakan tahun pertama bazar itu beroperasi di tapak itu selepas berpindah dari tapak lama di sebelah Stadium Larkin.



Meskipun baru berpindah, bazar yang kini terletak sekitar tiga kilometer dari Kilang Bateri yang menempatkan pelbagai kedai makan dan kafe hipster itu tetap menerima ramai pengunjung Singapura.



Menurut seorang pegerai, Cik Khadijah Yusuf, 36 tahun, beliau telah menjual kambing bakar barbeku bersama suaminya di bazar dekat Stadium Larkin selama lebih 10 tahun sebelum ini.



"Ini kali pertama kami berniaga di tapak baru ini selepas berpindah dari Larkin, tapi kami masih dapat melihat ramai warga Singapura yang ke sini, lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Ada pelanggan dari Singapura yang beli sampai empat peket kambing untuk dibawa pulang," ujarnya.



Bazar Ramadan yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan warga Singapura seperti bazar di sebelah pusat beli-belah Plaza Angsana terus menjadi tarikan.



Menurut seorang warga Singapura yang ditemui Berita Harian di bazar itu kelmarin, Cik Julia Zohri, 42 tahun, beliau sekeluarga suka berbelanja di sana kerana aneka jenis makanan.



"Makanan yang ada di sini seperti kambing golek, sate, kuih-muih dan pelbagai jenis minuman berbeza daripada yang ada di Singapura.



"Sudah menjadi kebiasaan keluarga saya berkunjung ke bazar ini atau bazar lain di Johor Bahru setiap tahun," kata ibu tiga anak itu yang telah ke bazar Ramadan di seberang Tambak lima kali sejak Ramadan membuka tirai pada 6 Jun lalu.



Selain berbelanja juadah buka puasa, Cik Julia yang ditemui bersama bapa, suami dan tiga anaknya berusia antara lapan dengan 11 tahun juga berkata beliau suka membeli kelengkapan Hari Raya di Johor Bahru.



Selain pilihan luas, beliau berkata kadar tukaran mata wang dolar Singapura dengan ringgit Malaysia yang lumayan sekarang juga merupakan antara sebab mereka lebih gemar berbelanja di negara jiran itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >