Warga S'pura yang jual butiran akaun SingPass kepada sindiket China dijel 5 tahun, 2 bulan

SEORANG warga Singapura memecahkan kata laluan kira-kira 300 pemegang akaun SingPass dan menjual butir peribadi mereka kepada sindiket berpangkalan di China yang terlibat dalam permohonan palu visa Singapura pada bayaran $1,500.

Sindiket berpangkalan di Zhejiang itu berjaya memohon 23 visa dan 20 warga China memasuki Singapura menggunakan visa tersebut.

Tiga daripada mereka kemudian didapati melakukan kesalahan jenayah semasa di Singapura. Kes mereka telah ditangani dan mereka dihantar pulang, Tetapi status yang lain tidak diketahui.

Pada Khamis (24 Mac), warga Singapura itu, James Sim Guan Liang, 39 tahun, dihukum penjara lima tahun dan dua bulan.

Bersetuju dengan pikah pendakwaan agar hukuman berat dikenakan, Hakim Daerah Low Wee Ping memberitahu Sim: "Akibat jenayah awak, beberapa penjenayah menggunakan kata laluan SingPass itu dan sistem imigresen dan perlindungan sempadan kita telah dilanggar."

Sim sebelum ini telah mengaku bersalah terhadap 73 pertuduhan dan lagi 813 tuduhan yang diambil kira semasa hukuman dijatuhkan. Sebahagian besar kesalahan itu dilakukan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.

Sim mula terlibat dalam sindiket tersebut pada 2006. Tiada seorang pun anggota lain sindiket itu telah dikenal pasti.

Dia akan mula menjalani hukuman penjara pada 7 April.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.