BELIAU hilang penggunaan kaki kanannya disebabkan penyakit kencing manis dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda bermotor.
Namun, kesukaran bergerak itu tidak menghambat Encik Omar Ismail, 65 tahun, daripada turut serta merasakan suasana Hari Raya beramai-ramai di acara sambutan Hari Raya anjuran Kelab Masyarakat Marsiling semalam.