Warga yang rancang sokong atau sertai ISIS akan ditangani menurut undang-undang

TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Teo Chee Hean, telah memberi amaran bahawa warga Singapura yang merancang untuk menyertai atau membantu kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) akan ditangani dengan undang-undang yang sepenuhnya.

"Sesiapa sahaja warga Singapura yang membantu, menyokong, menggalak, atau menyertai pertubuhan pengganas seperti Isil telah menunjukkan kecenderungan berbahaya memberi sokongan terhadap keganasan," kata Encik Teo, yang merujuk kepada pengganas itu dengan sebuah lagi nama mereka, iaitu kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (Isil).

"Orang sebegitu akan menimbulkan ancaman kepada keselamatan Singapura dan akan ditangani mengikut undang-undang," tambahnya.

Singapura merupakan antara penaja bersama resolusi anti-pengganas yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam resolusi tersebut, negara-negara menerima undang-undang bahawa mereka akan mendakwa warga-warga yang menyertai kumpulan pengganas seperti Isis, sebagai penjenayah.

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.