WARISAN dan seni Islam sejak pertengahan abad ke-18 diberi sentuhan kontemporari dalam pameran seni antarabangsa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang diadakan selama dua bulan mulai semalam.
Pameran yang diberi nama 'Jameel Prize' dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, malam tadi di galeri Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).