Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WDA: Waspada! Ada laman SkillsFuture bukan rasmi

Jan 13, 2016 | 12:14 PM



AGENSI Pembangunan Tenaga Kerja (WDA) memberi amaran melalui Facebook pada Selasa (12 Jan) mengenai beberapa laman web dan akaun yang menyerupai namanya.


Laman-laman itu mempunyai nama menarik dan berbunyi rasmi, seperti skillsfuture.credit dan www.skillsfuture.edu.sg, yang meletak mereka di bahagian atas senarai carian web.


Mereka menjemput warga Singapura yang telah menerima kredit latihan SkillsFuture sebanyak $500 untuk mendaftar bagi pelan latihan peribadi atau bimbingan kerjaya.


Walaupun menyerupai laman SkillsFuture rasmi, laman-laman itu tidak dikendalikan mahupun diluluskan WDA, yang sedang pemacu kempen SkillsFuture nasional bagi meningkatkan kemahiran pekerja.


"Sesetengah mereka mungkin mengandungi maklumat tidak tepat atau mengelirukan. Kami ingin menasihatkan orang ramai bahawa sesetengah mereka mungkin syarikat swasta yang tidak menyediakan program SkillsFuture dan Kredit SkillsFuture rasmi," ujar WDA.


Laman-laman web itu juga mungkin mengumpul data peribadi untuk kepentingan komersial, kata WDA kepada akhbar The Straits Times.


WDA berkata ia telah "memeriksa" dua laman itu - skillsfuture.credit dan www.skillsfuture.edu.sg - dan akan menghubungi mereka untuk menghapuskan kandungan laman mereka.


Pemeriksaan daftar dalam talian menunjukkan www.skillsfuture.edu.sg ditubuhkan oleh sekolah swasta Aventis School of Management, yang berpejabat di Concorde Hotel, pada April lalu.


Laman WDA menunjukkan ia telah meluluskan sekolah itu bagi menjalankan kursus separuh masa mengenai pengurusan emosi di tempat kerja di bawah Kredit SkillsFuture sejak November lalu.


Laman skillsfuture.credit ditubuhkan awal bulan ini oleh sebuah firma start-up teknologi, Glints, yang menawarkan pelan latihan khusus bagi mereka yang mendaftar dengannya.


Ia menawarkan untuk menyaring 10,000 kursus Kredit SkillsFuture, dan melakar rancangan bagi ahli mengenai kursus yang mereka harus ambil untuk mencapai matlamat kerjaya mereka.


Tiga pengasas Glints menegaskan mereka tidak bermaksud menunjukkan bahawa laman mereka sebuah laman rasmi, lapor The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >